Wednesday 15 May 2013

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

Assalammualaikumwarhohmatullahhiwabarokatuh dan salahm sejahtera kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah.....Saya dapat lagi menulis blog saya ini pada terbitan untuk kali yang ke-11 dengan izin-Nya.

Baiklah...sebagai mukaddimah pada kali ini, saya ingin berkongsi satu set resepi yang enak dan sedap untuk dimakan.  Dan resepi ini juga boleh di masak untuk orang-orang tersayang khususnya sahabat kita.  Tetapi, sebelum itu,  Apa yang saudara dan saudari paham mengenai sahabat???  adakah ia robot?? makanan?? atau pakaian???  Bersesuaian dengan tema masakan kita pada hari ini, saya ingin membicarakan mengenai soal sahabat dan peranannya pada kita.
                                                       
                                          SAHABAT DUNIA AKHIRAT


Sahabat dalam erti kata mudah adalah kawan sama ada secara tidak langsung atau langsung, rapat atau tidak rapat, seumpama dengannya.  Dalam islam pun, digalakkan berkawan tetapi berlandaskan syariat islam dan tidak terjerumus ke lembah maksiat.  Sahabat yang baik diumpamakan sebagai sepohon pokok yang rendang: memayunngi pokok-pokok kecil dibawahnya. Begitu jugalah dengan sahabat yang baik, sentiasa berada bersama kita ketika susah dan senang, jatuh dan bangunnya diri kita ini dalam kehidupan.

Justeru, islam sentiasa menasihatkan umatnya agar memilih kawan atau sahabat yang betul agar tidak terjebak dengan kemungkaran. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Janganlah engkau mengikut orang yang sudah kami lupakan hatinya untuk mengingati( berzikir )                  kepada kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya " ( Surah Kahfi, 29 )

Sekiranya kita memilih sahabat yang membawa kebaikan kepada kita, nescaya kita juga akan turut serta melakukan kebaikan bersamanya, namun, sekiranya kita memilih sahaba yang membawa keburukan kepada kita dengan menjerumuskan diri kearah kemaksiatan, nescaya kita juga akan terpalit bersamanya.  Justeru, kita perlulah memilih sahabat yang baik untuk kita demi mencapai keredhaan-Nya didunia dan akhirat.

Di sini saya ingin memetik kata-kata dari Saidina Ali. Beliau berkata : " Sahabat yang benar-benar ialah orang yang disampingmu.  Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi kesejahteraanmu ".  Kata-kata ini terbukti apabila beliau mengambil alih tempat tidur Baginda Rasulullah ketikamana Saidina Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W merancang untuk berhijrah ke Madinah.  Ya Allah...hebatnya Saidina Ali saudara saudari sekalian.....Semoge kita juga boleh mencontohi Saidina Ali malah bukan sahaja Baginda, tetapi para sahabat yang lain dimana mereka sanggup berkorban demi baginda Rasullullah S.A.W.  Sekiranya kita saudari sekalian..adakah kita akan melakukan perkara yang bahaya bagi menyelamatkan kawan kita? sekiranya saya, saya pun tidak mencapai tahap sebegini lagi....Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa dapat membahagiakan kawan baik kita.   In Shaa Allah....




Alhamdulillah.....selesai sudah segmen tazkirah pendek dari saya, mari kita teruskan dengan segmen Dapur Bujang kita pada edisi kali ini.  Resepi ini amat sesuai dan sedap dimakan beramai-ramai dengan suasana santai bersama rakan-rakan.  Resepi yang saya katakan itu ialah Cendawan Goreng Tepung dan Jus Lobak Merah.  Jom kita gembirakan sahabat handai kita dengan hidangan ringkas ini.....


                                         CENDAWAN GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

500 gram cendawan tiram - diracik dan dibersihkan
250 gram tepung jagung
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Garam dan lada hitam secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Pecahkan telur dan masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar.
2. Pukul telur sehingga kembang.
3. Celupkan cendawan tiram ke dalam adunan telur hingga sebati.
4. Salut cendawan ke dalam tepung jagung pula.
5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng cendawan hingga kekuningan.  Angkat , tos dan hidangkan.
6. Hidangan ini sedap dimakan dengan sos cili kegemaran masing-masing.


                                                   JUS LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

1.  1 batang lobak merah - dicincang kasar
2.   400 ml air
3.  1/2 tin susu pekat

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan lobak merah yang telah dicincang kasar tadi kedalam mesin pengisar
2. Masukkan air dan kisar.
3. Kemudian, tapis campuran air lobak merah tadi.  Ambil patinya sahaja.
4. Sebatikan jus dengan susu pekat. Hidangkan mengikut cita rasa masing-masing.


Baiklah, selesai sudah santapan kita pada sedutan kali ini.  Saya sebagai penulis Blog ini berharap agar saudara-saudari semua dapat mencubanya dirumah bersama rakan-rakan saudara dan saudari sendiri.  Mungkin apabila anda masak untuk mereka, hubungan anda akan menjadi lebih akrab dan rapat.  In Shaa Allah.

Saya juga tidak ketinggalan untuk meminta maaf sekiranya saya tersilap kata dan bicara sepanjang saya mengarang blog ini.Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri saya sendiri.  Sekian dari saya.

MASAK DARI HATI,MASAK WITH IMAN.....

WASALAM.....   =)


                 



3 comments:

  1. tepung tu,letak serbuk kari sedap sikit :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh...kite boleh cube ...sebab ikut krretiviti masing-masing.......

      Delete
  2. wah~~ sedapnye..tgh lapo ni..pos cket.. :)

    ReplyDelete