Friday 19 July 2013

Ukuwah Fillah Abadan Abada

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarhokatuh.....

Ahlan Wasahlan Wamarhaban  Ya Ramadhan....

Bagaimana dengan anda semua?  Adakah anda sihat?  Saya berharap agar anda sihat sejahtera tambahan pula kita sekarang berada di bulan Ramadhan.  In Shaa Allah

Alhamdulillah, sudah sekian lama saya tidak menghasilkan karya di blog saya ini.  Dan kini saya kembali untuk berkongsi tazkirah dan satu resepi menarik untuk anda sekalian.  Resepi yang boleh dikatan mudah dan enak untuk anda sediakan tidak kira sama ada di waktu berbuka ataupun bersahur.  Namun, sebelum kita ke segmen resepi, saya ingin berkongsi sedikit tazkirah yang bertajuk Ukuwah Fillah Abadan Abada.

                                  Ukuwah Fillah Abadan Abada


Saudara saudari sekalian,

Apa yang kalian faham mengenai ukuwah?  Makanankah?  Alat permainankah?

Ukuwah atau bahasa mudahnya ikatan persaudaraan yang lahir dari bermulanya seorang sahabat.  Kenapa saya katakan sedemikian?  Kerana bermulanya kita bersahabat, makan akan lahirlah satu perasaan yang mana kita akan menyanyanginya.  Pabila lahirnya perasaan tersebut, maka wujudnya ukuwah.

Saudara dan saudari,

Islam menjadikan persaudaraan dalam islam dan iman sebagai dasar perjuangan untuk menengakkan Agama Allah di muka bumi ini.  Ukuwah islamiah akan melahirkan kesatuan dari sudut rohani dan jasmani kita. Manakala ukuwah yang lain yang bukan menurut islam biasanya tidak akan berkekal lama sebagaimana ukuwah yang mengikut syara' dan perundangan islam.  Akan tetapi, dasawarsa kini, kita dapat melihat ukuwah dikalangan kita semakin renggang dek kerana terlampau mengejar kemewahan dunia tanpa mementingkan nikmat di akhirat kelak.  Mengapa saya katakan sedemikian rupa?  Hal ini kerana kita bersungguh-sungguh beribadah dan medekatkan diri kita kepada Allah.

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran mengenai ketaatan beribadah dan ketakwaan merupakan jalan penyelesaian kepada masalah pepecahan umat.

"  Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara,  Kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"    (Al-Hujerat:10)

Oleh demikian, untuk mencapainya nikmat ukuwah, kita perlu mencapai beberapa proses dalam terbentuknya ukuwah islamiah.  Antara limanya ialah Taaruf ( saling kenal-mengenali) , Tafahum (saling memahami), Taawun (saling bantu-membantu), Takaful ( saling menanggung), dan Istar ( saling mendahulukan orang lain daripada diri sendiri).

Sekiranya proses-proses ini tidak ada, bagaimana mungkin kita dapat menjadikan ia sebagai satu ukuwah islam yang sentiasa bersinar dan gemilang.  Ini dapat diperkuatkan lagi melalui Hadis riwayat Bukhari-Muslim yang menyatakan "  Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga kamu mencintainya sebagaiman kamu mencintai diri kamu sendiri".

Kesimpulannya, kita dapat lihat bahawa betapa indahnya Ukuwah Islamiah yang diajarkan oleh Allah S.W.T dan RasulNya.  Sekiranya kita sebagai umat islam melakukannya, pastinya ia  akan lebih manis di hati dan berasa indah hidup dalam satu masyarakat.  In Shaa Allah.



Baiklah, setakat itu sahaja segmen santapan rohani dari saya.  Kita teruskan dengan slot resepi pada paparan blog kali ini.  Menu yang saya katakan itu ialah Sizzling Bebola dan Kek Ikan bersama Telur.  Resepi ini begitu mudah dan enak dimakan bersama nasi ketika masih panas.  Dan saya pasti ia akan menggamit selera anda.  In Shaa Allah.


               Sizzling Bebola dan Kek Ikan bersama Telur

BAHAN-BAHAN:

1 biji telur ( dikacau didalam mangkuk sehingga sebati )
4 biji cendawan butang - dipotong dua dan dibuang tangkai
1/2 biji lada benggala (kuning dan hijau) - dihiris kecil
1/2 kiub ayam - dipecah-pecahkan
200 ml air
tepung jagung - 1/2 sudu besar
sedikit bawang putih dan bawang merah - dipotong kecil
sedikit minyak zaitun
lada hitam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
daun sup sebagai hiasan

CARA-CARA:

1.  Masukkan telur kedalam kuali bulat, ratakan telur seperti bentuk bulat dan angkat.
2.  Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak zaitun.  Kemudian, tumis bawang putih dan bawang merah           sehingga naik bau.
3. Masukkan lada hitam dan lada sulah.  Kacau rata.  Selepas itu, masukkan kiub ayam yang telah dipecah-    pecahkan kedalam kuali dan tambahkan air.  Biarkan seketika.
4.  Selepas 5 minit, masukkan lada benggala dan cendawan butang.  Gaul sehingga sebati dan tambahkan         tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5.  Apabila sudah masak,  letakkan masakan itu tadi di atas telur dadar yang telah digoreng tadi.
6.  Hiaskan dengan daun sup.

Baiklah, nampaknya selesai sudah sesi blog saya pada terbitan kali ini, saya harap agar terbitan kali ini memberikan informasi positif kepada anda sekalian tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini.  Di sini saya ingin menasihati diri saya dan rakan-rakan agar sama-sama kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan bagi merebut pahala yang berlipat kali ganda dengan beribadat kepada Allah Taala.  In Shaa Allah.

Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari Allah juga tetapi disandarkan kepada diri saya yang serba kekurangan ini.  Akhir kalam, saya ingin meminta maaf sekiranya berlaku kesilapan sepanjang saya menulis blog saya ini.

MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN.....

WASALAM....   =)