Sunday 24 March 2013

Masakan Menurut Islam Pemangkin Ummah Gemilang...

Assalammualaikumwarahmatullahibawarakatuh....

Alhamdulillah dapat kita berjumpa lagi dalam sedutan blog saye untuk kali yang kelima.  Nampaknya sudah begitu lama saya tidak mengupdate blog saya.  Mungkin kerana saya terlampau sibuk dengan kerja-kerja saya sebagai pelajar Universiti.  Pertama sekali, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog ini.  In shaa allah...saya akan cuba memberikan sedikit sebanyak info mengenai masakan kepada anda semua menurut sunnah Rasulullah S.A.W ; contoh dan ikutan kita sepanjang zaman.

Pada sedutan kita pada kali ini, saya ingin berkongsi mengenai buah zaitun dan kebaikannya.
Buah zaitun.....
Sebut sahaja buah zaitun, mesti kita akan mengatakan yang buah ini mempunyai 1001 khasiat.  Ini telah terbukti apabila Allah telah menceritakan perihal buah zaitun di dalam Surat At-Tin yang bermaksud:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? / (8) Info Surah

Tuntasnya, buah zaitun adalah salah satu buah yang begitu berguna kepada manusia. Dan seharusnya kita perlu berasa bersyukur dengan segala yang Allah berikan kepada kita.  Kerana Dia-lah  yang lebih mengetahui keadaaan hamba-hambanya.  Subhanallah: maha suci Allah....
Untuk mengetahui mengenai buah zaitun dengan lebih terperinci...anda boleh membaca kelebihan zaitun dari segi minyak menerusi rangkaian ini.

buah zaitun menurut al quran dan hadis secara spesifik

Baiklah...selesai sudah segmen tazkirah saya pada waktu ini......Sekarang kita beralih kedapur masakan kita pula.  Resepi yang agak menarik dah saya rasa ini merupakan satu resepi yang digemari ramai.

SPEGETI BOLOGNIS

BAHAN-BAHAN:

200 gram spegeti - direbus
200 gram daging cincang
150 gram cendawan butang
1 tin sos prego
2 sudu makan minyak zaitun
2 ulas bawang putih -dicincang
1 biji bawang merah - dicincang
garam secukup rasa - dicincang

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

2. Masuk daging cincang.

3. Masukkan sos prego, biarkan sos tersebut hingga masak

4. Masukkan cendawan

5. Perasakan dengan garam secukupnya

6. Hiaskan mengikut kretiviti anda


Baiklah...setakat ini sahaja resepi yang saya dapat paparkan kepada anda sekalian.  Saya berharap agar anda semua dapat mencuba resepi ini dirumah.  Boleh dicuba untuk semua peringkat umur.  In shaa allah....
 sebelum saya mengakhiri ucapan dalam blog saya, ingin saya sampaikan beberapa rangkap pantun:

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Ilmu yang baik dimanfaatkan jua

Kalau ada sumur di ladang
Moleklah teman menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
In shaa allah kita bertemu lagi.....

Masak dari hati, masak with IMAN....   =)