Monday 25 February 2013

Dakwah Makan Malam

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....

Apa Khabar
How are you?
Ni Hau Maa
Kai Fa Haluka?

Perkataan dari empat bahasa tetapi mempunyai makna yang serupa. =)

Alhamdulillah , saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat lagi diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai masakan saya . Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat menarik dan saya pasti anda semua akan suka pada resepi ini.

Tetapi, tidak sah kalau saya tidak mulakan dengan sedikit tazkirah di mana tazkirah ini satu elemen yang penting dalam kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.  Tajuk tazkirah saya pada kali ini ialah Usaha Tangga Kejayaan.  Bicara mengenai usaha, semua akan cakap; kalau tak usaha macam mana nak berjaya. Tetapi, bukan mudah nak berusaha itu kalau tidak diiringi dengan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Firman Allah di dalam ayat Al-Quran "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".  Menerusi ayat ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa berusaha dalam sesuatu perkara dengan niat ikhlas kerana Allah Subhanahuataalala. In shaa Allah, Allah pasti akan membantu kita atas apa yang telah kita usahakan.

Saya teringat akan kata-kata hikmah yang saya perlajari sewaktu saya belajar dahulu. "Man Jadda Wa Jada Wa Man Zar'an Hasada" bermaksud sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya, sesiapa yang bercucuk tanam pasti mendapat hasilnya. Walaupun kata-kata ini dilihat sebagai satu medium yang ringkas, namun, ianya mempunyai 1001 makna yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata, ditafsir dari hati ke hati, mahupun ditulis.

Baiklah. Setakat ini sahaja tazkirah saya pada kali ini.  Apa kata jika kita pergi ke slot seterusnya iaitu slot masakan.  Pada kali ini, saya menggunakan ikan dori sebagai pilihan saya.  Resepi ini sangat sedap dimakan secara santai pada waktu malam.

Filler Ikan Dori Bersama Sos Lada Hitam

Bahan-bahan;

Ikan dori (fillet) - 1 keping (boleh didapati di pasaya besar seperti Tesco, dan sebagainya)
Serbuk roti - 1 bekas
Telur - 1 biji ( dikacau)
Kentang - 400 gram

Bahan-bahan untuk sos:

Sedikit air suam
2 sudu kecil tepung jagung
Sedikit lada hitam kasar ( yang telah ditumbuk kasar)

Bahan coleslaw:

lobak merah kecil@babby carrot  10 batang ( dipotong memanjang secara halus)
kobis kecil 1 biji ( dipotong halus halus)
susu tepung 1 sudu besar ( boleh guna susu rendah lemah Dutch Lady)
mayonis 3 sudu besar
sedikit cuka epal

Cara-cara untuk fillet dan kentang:

1. Celupkan fiilet ikan dori bersama telur.
2. Kemudian gaulkan bersama serbuk roti. Ratakan.
3. Goreng fillet tersebut sehingga keemasan.
4. Untuk kentang pula, goreng dalam kuali dengan minyak yang banyak sehingga keemasan.

Cara-cara untuk sos :

1. Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas sehingga sebati. Ketepikan.

Cara-cara untuk coleslaw:

1. Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas sehingga sebati dan secukup rasa.

Setelah semuanya telah tersedia, susun mengikut kretiviti anda.
Di sini saya mencadangkan bahawa anda perlu sejukkan coleslaw bagi memberikan rasa yang lebih lemak dan berkrim.

Baiklah, setakat ini sahaja resepi dan tazkirah saya. Saya harap pendekatan saya pada kali ini dapat memberikan 1001 info berguna kepada anda semua. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tetapi disandarkan pada diri saya ini. Masak dari hati, masak with iman.
=)

Monday 11 February 2013

Makanan Halal Tunjang kegemilangan Ummah

Assalammualaikum.......
كيف حالك؟

Salam manis tanpa gula, salam selera pembuka bicara.  Terlebih dahulu, saya mngucapkan syukur pada Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya diberikan peluang untuk berkongsi perndapat dan resepi kepada anda semua.

Pada sesi yang lepas, kita telah mengupas perihal mengenai madu dalam Al-Quran . Tetapi, pada sesi kali ini, saya ingin membuat sedikit kelainan. Sebab apa saya mengatakan sedemikian....
sebab sesi pada kali ini adalah lebih kepada sesi peringatan (tazkirah)....

Tajuk tazkirah saya sebelum saya memulakan resepi adalah makanan halal.....
Mesti ramai yang mengatakan bahawa makanan halal itu adalah makanan selain anjing dan babi....
hahaha......itu pun betul jugak. tetapi sebenarnya makanan halal ini melebihi dari apa yang kita sangkakan.
Kenapa saya katakan sedemikian??

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):" Apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka?"Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat dan baik-baik." (Surah Al-Maidah, 5:4)

Makanan yang baik adalah makanan yang dianggap lazat mengikut cita rasa manusia yang normal. Manakala makanan yang buruk adalah dianggap jijik oleh manusia yang normal. Firman allah dalam surah Al-A'raf
".....dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk" (7:157)

Makanan yang halal serta baik merupakan makanan yang mengandungi banyak khasiat serta baik untuk kesihatan. Dan makan yang baik itu mestilah dari sumber yang halal.

Menurut Mohd Amri, masyarakat Islam perlu menjaga kehalalan makanan kerana sumber makanan yang haram akan mencacat-celakan keturunan.  Menurut beliau, ada pihak yang menyatakan generasi orang Islam hari ini sebagai generasi strawberi, lemah dan rosak akhlak."Buah strawberi itu lembik, tidak
boleh diusik, ini semua berpunca daripada makanan. Kita mesti beratkan makanan yang halalan toyyiba. Jika ini tidak ditangani, generasi Islam akan terus lemah.  "Otak yang cergas datang dari sumber makanan. Saya ibaratkan makanan sebagai minyak. Kalau minyak tidak berkualiti, nak nyalakan lampu pun tak boleh, nak
gerakkan kereta pun tak boleh. Kita perlu tukar generasi strawberi ini dengan
faktor makanan” (Bernama, 11 Februari 2010). Sebagai masyarakat Islam di Malaysia yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam perlu lebih prihatin dan mampu memilih
makanan yang halal mengikut syarak. Jesteru, makanan halal menjadi pasak yang penting dalam menjadi umat islam yang cemerlang dari segi rohani mahupun jasmani.

Setakat itu sahajalah tazkirah saya, Mari kita teruskan dengan masakan kita. Resepi yang agak unik dan sedap jika dimakan panas-panas bersama nasi.

Gulai Telur Ayam Bermangga Muda

Bahan-bahan:

Pati santan           250 ml, diperah daripada 1 biji kelapa parut
Air                      100 ml
Pes cili padi         1 sudu besar
Pes kunyit hidup  1 sudu teh
Bawang merah    2 ulas, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Bawang putih      1 ulas, dikupas dan dhiris nipis-nipis
Asam gelugur      1 keping
Telur ayam          4 biji
Mangga muda     2 biji, dikupas, dibuang biji dan dipotong-potong
Cili hijau             2 tangkai, dibelah dua
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Letakkan pati santan, air, pes cili padi, pes kunyit hidup, hirisan bawang merah dan bawang putih serta asam gelugur ke dalam periuk. Jerang di atas api besar sehingga mendidih, kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.

2. Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit.  Padamkan api dan pecahkan telur ke dalam kuah merenih, Biarkan telur tiga suku masak sahaja.

3. Hidupkan api dan masukkan potongan mangga muda, kacau dan masak sehingga mangga lembut. Tambah cili hijau dan perasakan dengan garam secukupnya.

4. Padamkan api dan hidangkan.

Tips dan petua :
Ibu saya cakap, untuk mengelakkan daripada gulai pecah minyak, anda perlu memasak minyak dengan api yang kecil. Anda juga perlu selalu mencedok dan menuang semula gulai ke bahagian tengah periuk dengan menggunakan senduk ketika memasaknya.

hihihihi.....Saya harap perkongsian saya pada kali ini memberi 1001 makna kepada anda semua. Yang baik itu datang dari allah, Yang buruk itu datang dari allah, tetapi disandarkan pada diri saya.
Sekian.......                                                        
 "MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN"

Sunday 3 February 2013

Assalammualaikumwaramatullahiwabarakatuh.........

Pada terbitan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengetahuan saya tentang masakan.  topik yang ingin saya kupaskan hari ini adalah madu. Apa yang boleh kita pahamkan tentang madu.....
mesti semua akan terfikir bahawa madu ini adalah suatu benda yang sedap dimakan dan sebagai penambah perisa dalam desert atau "pankek". Tetapi pernah tak kita terfikir yang madu ini mempunyai 1001 khasiat yang tersendiri walaupun madu itu madu masakan  (madu yang digunakan khusus untuk masakan).

Seperti yang kita tahu, madu berasal dari lebah.Lebah; bila mana kita dengar sahaja lebah. Mesti orang akan cakap lebah ini banyak memberi manfaat pada kita.  Tetapi adakah kita terfikir yang lebah merupakan binatang yang istimewa sehingga disebut di dalam al-quran. Mari kira sama-sama kupas dengan lebih lanjut.

Firman Allah di dalam surah An-Nahl iaitu " Dan Tuhanmu mewahyukan lebah " dalam ayat 68. Dalam konteks ayat ini, jelaslah bahawa lebah merupakan haiwan yang memberikan manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Justeru, madu dan lebah mempunyai kaitan yang rapat di dalam al-quran. Madu berasal dari pelbagai jenis sari bunga dan ia merupakan penawar bagi pelbagai jenis penyakit manusia. Ini terbukti menerusi ayat al-quran yang berbunyi "Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu telah dimudahkan (bagimu).  Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh pada demikian itu benar-benar terdapat tanda(kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir)" An-Nahl 16:69.

Bukan dalam Al-Quran sahaja membicarakan soal madu ini. Malah ianya terbukti berkesan melalui beberapa kajian saintifik daripada beberapa orang profesor di dunia . Disini saya ada menyediakan satu "link" mengenai madu (kajian madu secara saintifik).

Baiklah...memandangkan saya telah mengulas panjang mengenai madu, saya akan berkongsi serba sedikit resepi mengenai madu. Resepi yang mudah sahaja dan boleh dibuat tanpa mengira peringkat usia.

Air Longan Kisar Bermadu ( 2 orang )

Bahan-bahan :

2 cawan air 
100 gram logan ( 6 biji)
1/2 cawan gula perang
2 sudu besar madu
krim putar ( gunakan yang sedia ada: boleh didapati di kedai kek dan pasaraya besar )
sedikit ceri

Cara-cara :

1)  Campurkan air, longan, gula perang, dan madu dalam mesin pengisar
2)  Letak sedikit ais dan kisar semua bahan
3) Kemudian, masukkan kedalam gelas dan hiaskan dengan krim putar. Letak ceri sebagai hiasan

Mudah sahaja kan.....
cuma saya tak dapat nak sediakan gambar ......
in shaa allah saya akan akan postkan gambar pada masa akan datang....

Segala yang baik itu datang dari allah ...dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri...

" masak dari hati, masak dengan iman "