Thursday 6 June 2013

ZAMAN SEKOLAH....BEST!!!

Assalammualaikumwarahmatullohhiwabarokatuh...

Salam manis tanpa gula,
Kalimah Bismillah pembuka bicara....

Bagaimana kehidupan seharian anda?adakah segalanya berjalan dengan lancar?
Saya berharap agar segala urusan anda sekalian dipermudahkan dengan izin Allah kerana Dialah yang menentukan segala-galanya.

Pada paparan blog kali ini, saya akan mengubah sedikit cara perkongsian tazkirah saya dimana saya ingin berkongsi sedikit masakan yg sesuai dimakan bersama orang yang dirindui....mesti saudara saudari hairan akan maksud saya.....Orang yang dirindui adalah orang yang anda berjauhan ialah guru-guru anda, ustaz ustazah anda......sebab apa???  sebab merekalah yang banyak menjaga dan mendidik kita di sekolah......tambah pula bagi mereka yang tinggal di ASRAMA, pasti saudara saudari sekalian banyak kenangan pahit manis yang menggamit memori.

Apa yang seronok ketika zaman SEKOLAH???



Bagi saya, zaman sekolah merupakan satu zaman yang menyeronokkan.....Di sekolah, saya belajar cara-cara penyediaan diri ke Alam Dewasa.  Itulah istimewanya sekolah.  Tetapi, semasa kita berada di zaman persekolahan, kita sibuk cakap :  " Bile la nak belajar kat u nie....kat skola tak best la ".  Ayat ini biasanya diungkapkan oleh student yang nakal macam saya....   =D

Tetapi, apabila anda sudah berada di zaman universiti, anda akan seronok mengimbau zaman persekolahan anda. Dan ayat yang biasanya anda akan ungkapkan adalah " Kan bagus kalau sekarang nie aq kat sekolah......kalau dok kat u nie, byk jgak masalahnye" ........tak begitu saudara saudari sekalian....

Saudara-saudari sekalian,


Apa yang saya cuba katakan disini ialah hidup ini hanya sementara. dan setiap perkara yang kita lakukan pasti menjadi memori kepada kita.  Kita sering terdengar lagu nasyid kumpulan Raihan yang menyatakan " Ingat 5 perkara sebelm 5 perkara. dan salah satu nya adalah Muda sebelum Tua.  Bukan itu sahaja saudara-saudari sekalian, Allah juga telah berfirman di dalam Al-Quran Al-Karim mengenai masa dalam surah Al-Asr
 Firman Allah dalam surah Al' Asr yang bermaksud " Demi masa".  Masa merupakan sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan duit mahupun emas.  Misalnya, kita tidak boleh berpatah balik ke zaman kanak-kanak kita. Yang kita boleh adalah mengingatinya sahaja.  Dan tatkala itu, pasti kita akan tersenyum jua.

Baiklah, sekadar itu sahaja perkongsian cerita saya pada sedutan blog kali ini, kita teruskan dengan segmen resepi kita.  Menu tersebut adalah ketam masak bercili.  Saya pasti sudah ramai di antara saudara saudari sekalian menyukai ketam bahkan ia merupakan makanan yang ekslusif atau jarang-jarang kita makan.  Justeru, saya mencadangkan agar menu ini dimakan bersama-sama guru-guru kita semasa kita mengadakan majlis berkumpul semula atau bahasa mudahnya "Reunion".

                                      KETAM MASAK PEDAS BERCILI



BAHAN-BAHAN:

1.5 kilogram ketam ( 9 ekor ketam ) - di goreng terlebih dahulu
2 mangkuk besar cili boh
4 ulas bawang putih - dicincang
3 biji bawang besar - dicincang
1 mangkuk asam jawa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menggoreng
daun sup sebagai hiasan

CARA-CARA:

1. Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan putih sehingga terbit bau.
2. Masukkan cili boh dan tumis sehingga garing dalam 10 minit.
3 Kemudian, masukkan air asam jawa. Biarkan dalam 10 minit lagi.
4. Selepas itu, masukan garam secukup rasa dan masukkan ketam yang telah digoreng tadi.
5. Hiaskan ketam dengan daun sup dah sedia untuk dimakan.

Alhamdulillah selesai sudah resepi saya pada sedutan blog kali ini, saya berharap agar anda semua terhibur dan mendapat input-input berfaedah sepanjang membaca blog saya ini.  Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu-cikgu saya sama ada di Sekolah Kebangsaan Balun Bidai, Sekolah Kebangsaan Dato' Sago, dan SMKA Sultan Azlan Shah kerana banyak mengajar saya erti kehidupan.  Saya berharap agar anda mendoakan kejayaan saya pada masa akan datang.
Dan mungkin saya akan menggunakan resepi ini sebagai satu hidangan ketika mana kita berjumpa suatu hari nanti.     In Shaa Allah.

Pada masa akan datang, in shaa allah saya akan mengupas satu tajuk yang menarik mengenai ukuwah.  Tetapi, sebelum itu, saya mengesyorkan saudara-saudari sekalian agar membuka ukuwah fillah abadan abada sebagai mukaddimah kepada anda sekalian.

Akhir kalam, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya sepanjang saya menulis blog ini.  Segala yang baik itu datang dari Allah, segala yang buruk itu datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri saya.

MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN.

WASALAM....   =)