Wednesday 15 May 2013

SAHABAT DUNIA AKHIRAT

Assalammualaikumwarhohmatullahhiwabarokatuh dan salahm sejahtera kepada saudara saudari sekalian...
Alhamdulillah.....Saya dapat lagi menulis blog saya ini pada terbitan untuk kali yang ke-11 dengan izin-Nya.

Baiklah...sebagai mukaddimah pada kali ini, saya ingin berkongsi satu set resepi yang enak dan sedap untuk dimakan.  Dan resepi ini juga boleh di masak untuk orang-orang tersayang khususnya sahabat kita.  Tetapi, sebelum itu,  Apa yang saudara dan saudari paham mengenai sahabat???  adakah ia robot?? makanan?? atau pakaian???  Bersesuaian dengan tema masakan kita pada hari ini, saya ingin membicarakan mengenai soal sahabat dan peranannya pada kita.
                                                       
                                          SAHABAT DUNIA AKHIRAT


Sahabat dalam erti kata mudah adalah kawan sama ada secara tidak langsung atau langsung, rapat atau tidak rapat, seumpama dengannya.  Dalam islam pun, digalakkan berkawan tetapi berlandaskan syariat islam dan tidak terjerumus ke lembah maksiat.  Sahabat yang baik diumpamakan sebagai sepohon pokok yang rendang: memayunngi pokok-pokok kecil dibawahnya. Begitu jugalah dengan sahabat yang baik, sentiasa berada bersama kita ketika susah dan senang, jatuh dan bangunnya diri kita ini dalam kehidupan.

Justeru, islam sentiasa menasihatkan umatnya agar memilih kawan atau sahabat yang betul agar tidak terjebak dengan kemungkaran. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

" Janganlah engkau mengikut orang yang sudah kami lupakan hatinya untuk mengingati( berzikir )                  kepada kami dan ia suka mengikut hawa nafsunya " ( Surah Kahfi, 29 )

Sekiranya kita memilih sahabat yang membawa kebaikan kepada kita, nescaya kita juga akan turut serta melakukan kebaikan bersamanya, namun, sekiranya kita memilih sahaba yang membawa keburukan kepada kita dengan menjerumuskan diri kearah kemaksiatan, nescaya kita juga akan terpalit bersamanya.  Justeru, kita perlulah memilih sahabat yang baik untuk kita demi mencapai keredhaan-Nya didunia dan akhirat.

Di sini saya ingin memetik kata-kata dari Saidina Ali. Beliau berkata : " Sahabat yang benar-benar ialah orang yang disampingmu.  Ia suka membabitkan dirinya dalam bahaya demi kesejahteraanmu ".  Kata-kata ini terbukti apabila beliau mengambil alih tempat tidur Baginda Rasulullah ketikamana Saidina Abu Bakar dan Rasulullah S.A.W merancang untuk berhijrah ke Madinah.  Ya Allah...hebatnya Saidina Ali saudara saudari sekalian.....Semoge kita juga boleh mencontohi Saidina Ali malah bukan sahaja Baginda, tetapi para sahabat yang lain dimana mereka sanggup berkorban demi baginda Rasullullah S.A.W.  Sekiranya kita saudari sekalian..adakah kita akan melakukan perkara yang bahaya bagi menyelamatkan kawan kita? sekiranya saya, saya pun tidak mencapai tahap sebegini lagi....Justeru, marilah kita sama-sama berdoa agar kita sentiasa dapat membahagiakan kawan baik kita.   In Shaa Allah....




Alhamdulillah.....selesai sudah segmen tazkirah pendek dari saya, mari kita teruskan dengan segmen Dapur Bujang kita pada edisi kali ini.  Resepi ini amat sesuai dan sedap dimakan beramai-ramai dengan suasana santai bersama rakan-rakan.  Resepi yang saya katakan itu ialah Cendawan Goreng Tepung dan Jus Lobak Merah.  Jom kita gembirakan sahabat handai kita dengan hidangan ringkas ini.....


                                         CENDAWAN GORENG TEPUNG

BAHAN-BAHAN:

500 gram cendawan tiram - diracik dan dibersihkan
250 gram tepung jagung
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng
Garam dan lada hitam secukupnya

CARA MEMBUAT:

1. Pecahkan telur dan masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar.
2. Pukul telur sehingga kembang.
3. Celupkan cendawan tiram ke dalam adunan telur hingga sebati.
4. Salut cendawan ke dalam tepung jagung pula.
5. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng cendawan hingga kekuningan.  Angkat , tos dan hidangkan.
6. Hidangan ini sedap dimakan dengan sos cili kegemaran masing-masing.


                                                   JUS LOBAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

1.  1 batang lobak merah - dicincang kasar
2.   400 ml air
3.  1/2 tin susu pekat

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan lobak merah yang telah dicincang kasar tadi kedalam mesin pengisar
2. Masukkan air dan kisar.
3. Kemudian, tapis campuran air lobak merah tadi.  Ambil patinya sahaja.
4. Sebatikan jus dengan susu pekat. Hidangkan mengikut cita rasa masing-masing.


Baiklah, selesai sudah santapan kita pada sedutan kali ini.  Saya sebagai penulis Blog ini berharap agar saudara-saudari semua dapat mencubanya dirumah bersama rakan-rakan saudara dan saudari sendiri.  Mungkin apabila anda masak untuk mereka, hubungan anda akan menjadi lebih akrab dan rapat.  In Shaa Allah.

Saya juga tidak ketinggalan untuk meminta maaf sekiranya saya tersilap kata dan bicara sepanjang saya mengarang blog ini.Segala yang baik itu datang dari Allah, dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi disandarkan kepada diri saya sendiri.  Sekian dari saya.

MASAK DARI HATI,MASAK WITH IMAN.....

WASALAM.....   =)


                 



Thursday 9 May 2013

Istimewanya Al-Quran sebagai Peneraju Ummah

ASSALAMMUALAIKUMWAROHMATULLAHHIWABAROKATUH.....

Salam Satu Semesta ; Hanya Dia Yang Berkuasa Keatas Segala- Galanya Yang Berada Dilangit dan Dibumi.........

Saya berharap agar anda sekalian sihat sejahtera...Maklumlah....kita bukan sentiasa sihat...kadang kala kita sakit juga.....Akan tetapi, itulah tanda Allah sayang dan cinta pada hamba-hambanya.  In Shaa Allah.....

Baiklah.....Pada terbitan blog kali ini, saya akan menyediakan satu resepi istimewa khas untuk tatapan anda sekalian.....Saya yakin dan pasti anda sekalian suka pada hidangan pada kali ini,  Selalunya, hidangan ini boleh didapati di Pasaraya Besar.   Tetapi, apa salahnya jikalau kita mencubanya sendiri dirumah.....  Ikut selera kita pula....  =D

Tetapi, sebelum itu,  Tidak sah jikalau saya tidak mulakan penulisan ini dengan sedikit Tazkirah dan peringatan kepada kita semua.  Tajuk tazkirah saya pada kali ini ialah  ISTIMEWANYA AL-QURAN

                                       KEISTIMEWAAN AL-QURAN



WHY????

Jom kita hayati ayat Al-Quran ini bersama-sama:

" Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya "
  (al-hajr : 9)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Al-quran adalah sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril A.S di Gua Hira'.  Ia juga merupakan cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah kebaikan dan kebajikan.  Antara keistimewaan Al-Quran yang pertama ialah   ia merupakan kittab Illahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya.  Allah menurnkan kitab Al-Quran melalui malaikat Jibril kepada nabi kita: nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah yang bermaksud : "suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui",(surah Hud:1)

Keistimewaan Al-Quran yang kedua adalah Al-Quran merupakan sebuah kitab yang terperlihara sebagaimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya.  Oleh demikian, kita lihat begitu ramai orang yang menghafal Al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka
untuk mengingatinya.  Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan Al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin.

Saudara-saudari sekalian,

Mari kita kupas lagi keistimewaan Al- Quran yang ketiga iaitu Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan.  Oleh sebab itu, Allah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan alam.
Firman Allah yang bermaksud: " Pada bulan Ramadhan, bulan yang dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan mengenai petunjuk-petunjuk itu dan pembeda 
(antara hak dan batil )"  (Al-Baqarah: ayat 185)

Ada banyak lagi keistimewaan Al-Quran yang perlu kita cari dan terokai dalam mencari keredhaanNya.  Kerana itulah, kita perlu menjadi insan yang bertakwa dan mempunyai pegangan agama.  Kerana apa saya berkata demikian???  Kerana kebanyakan dikalangan kita terutama pada diri saya sendiri selalu membuat sesuatu perkara tanpa usul periksa.  Kita terlampau mengikut kehendak hati sampai terlupa pada tanggungjawab kita sebagai umat islam dalam membela agama kita.  Kita ada Al-Quran tetapi kita sendiri tidak merujuk padaNya sebagai panduan seharian dalam hidup kita.  Sebab itu kadang-kala kita alpa dan leka dalam dunia maya kita.  Ingatlah saudara-saudari sekalian,  Hidup berpandukan ajaran Islam, In Shaa Allah selamat dunia dan akhirat.  =D



Kesimpulannya,  saya berharap agar keistimewaan Al-Quran yang saya nyatakan di atas dapat memberi sumber inspirasi kepada kita dalam membawa islam lebih jauh ke arah kepimpinan di masa hadapan.

Baiklah, sekarang kita beralih ke segmen masakan kita pada terbitan blog untuk kali ini, masakan yang saya maksudkan adalah Mee Sizzling.  Saya tahu ramai diantara saudara dan saudari yang meminati makanan ini.
Resepi ini juga merupakan salah satu resepi yang mudah dan enak disediakan.


MEE SIZZLING

BAHAN-BAHAN:

200 gram mee sezzling ( boleh didapati di pasaraya berderkatan)  - dicelur
1 biji telur ayam
100 gram sayur kobis
3 tangkai cendawan shitake ( buag tangkainya )
sedikit tepung jagung - dicampur dengan sedikit air
2 sudu kicap pekat
1 sudu lada hitam - ditumbuk halus
1 mangkuk kecil stok cendawan ( hasil rebusan tangkai cendawan shitake tadi )
2 batang filemen ketam - dipotong serong kepada 2 bahagian
1 kiub ayam sebagai bahan perasa
sedikit minyak zaitun
1 ulas bawang putih - dikisar halus
1 ulas bawang merah - dikisar halus

CARA-CARA:

1.  Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus. Tumis sehingga naik bau.
2.  Masukkan kicap pekat dan lada hitam.  Kacau sebati
3.  Masukkan air rebusan tadi kedalam kuali. Biarkan seketika
4.  Masukkan kiub ayam. Pastikan kiub ayam tersebut larut bersama air masakan. 
5.  Kemudian, masukkan larutan tepung jagung. Kacau sebati
6.  Selepas itu, masukkan pula mee yang telah dicelur dan pecahkan telur di tengah tengah.  Biarkan sehingga  telur tersebut masak.
7.  Masukkan sayur kobis dan filemen..Kacau lagi dalam beberapa minit.  
8.  Akhir sekali, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.

Baiklah selesai sudah resepi kita pada sedutan blog untuk kali ini, saya berharap agar anda semua dapat mencubanya dirumah.  Dan saya berharap agar saudara-saudari sekalian memaafkan segala tutur bicara saya sepanjang saya menulis blog ini kerana saya juga manusia biasa yang banyak kekurang.  Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah, tetapi disandarkan kepada diri saya.  MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN.

WASALAM.....    =D


Thursday 2 May 2013

SHINE YOUR WAY WITH IMAN

ASSALAMMUALAIKUMWARHOMATULLAHIWABARHOKHATUH.......

Alhamdulillah.......sekali lagi kita dapat berjumpa dengan anda dalam sesi blog saya yang ke-8...
Saya berharap agar anda semua sihat sentiasa dengan izin Allah.  Baiklah....pada sesi kali ini, saya akan berkongsi tazkirah dan resepi yang menarik untuk anda sekalian.....Resepi pada kali ini adalah satu kombinasi unik sebagai satu hidangan lengkap untuk sarapan pagi kita.  In Shaa Allah..

Tetapi, sebelum itu, apa kata jikalau saya mulakan penulisan saya dengan sedikit tazkirah yang boleh kita hayati bersama.  Tajuk tazkirah saya pada kali ini ialah  SHINE YOUR WAY WITH IMAN....

SHINE YOUR WAY WITH IMAN......=)


Iman kita perlu diupgrade dan di sinari bagi membentuk ummah madani antara satu sama lain.  Bagaimana mahu menyinarinya???  Saudara-saudari sekalian, iman bermaksud mempercayai dengan hati, mengaku dengan lisan, dan melakukan amal dengan perbuatan.  Justeru, kita perlu percaya pada rukun iman di mana rukun iman juga merupakan salah satu pasak utama kita sebagai umat islam.  Iman juga dikaitkan sebagai satu pasak yang kukuh atau tali yang kuat.  Kenapa saya berkata sedemikian rupa???  Kita lihat, sekiranya kita memelihara seekor lembu.  Adakah kita mahukan lembu tersebut terlepas begitu sahaja?? Sudan tentu tidak bukan....Jika kita membuat pasak yang kuat...pasti lembu tersebut susah untuk melepaskan dirinya...Begitu juga dengan Iman kita saudara-saudari sekalian, Jika ianya kukuh, maka segala cabaran dan rintangan yang ada pasti dapat dilalui dengan begitu mudah dan tenang... In Shaa Allah....

Ketika Jibril A.S bertanya kepada baginda Rasulullah S.A.W mengenai iman, Maka, rasulullah menerangkannya yang bermaksud:

"Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya,  serta Hari Akhirat dan engkau beriman kepada takdir ( segala yang ditentukan oleh Allah Taala) sama ada perkara itu baik mahupun buruk."  - riwayat Muslim

Terdapat juga ayat Al-Quran yang menyebut mengenai iman. Saya ambil contoh dari Surah Al-Bakarah:

"Allah pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan ( kekafiran ) kepada cahaya ( Iman ) "       Al-Bakarah : 257

Saudara- saudari sekalian, IMAN itu juga penting dalam membentuk dan mentarbiah diri kita agar menjadi modal insan cemerlang di dunia dan di akhirat..  Sekiranya iman berkurangan dalam diri atau tiada sedikit iman pun dalam diri kita, maka akan terbentuk satu kecenderungan untuk melakukan maksiat dan kemungkaran tanpa rasa takut kepada Allah Taala.  Nauzubillahhiminzalik ......Semoga kita semua dijauhi dari perkara- perkara sedemikian.....

Tuntasnya, kita perlulah meningkatkan ketakwaan kita dari semasa ke semasa. In Shaa Allah.....



Baiklah, Sekarang kita beralih arah pada slot Masakan pada sedutan kali ini, satu kombinasi hebat untuk sarapan pagi anda sekalian.  In Sha Allah.....Resepi ini agak mudah dan begitu cepat disediakan.  Jom kita mula memasak resepi kita pada kali ini iaitu Pankek Sweetie....

PANKEK SWEETIE



BAHAN-BAHAN

250 gram tepung gandum - Diayak
1 biji telur ayam saiz b atau c
sedikit minyak
sedikit air
sedikit mentega - untuk memasak

CARA-CARA

1)  Campurkan tepung gandum dan telur dalam satu bekas.  Gaul sebati
2)  Letakkan sedikit minyak dan tambah air.  Gaul sehingga sebati.  Pastikan barter ( campuran bahan ) tidak       terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3)  Kemudian, panaskan kuali dengan sedikit mentega, sendukkan sedikit barter tadi ke dalam kuali.
4)  Masak hingga keperangan dan angkat.
5)  Hidangkan mengikut cita rasa anda, anda boleh meletakkan jem, kaya, dan coklat sebagai perisa. Bagi resepi saya, saya menggunakan madu dan mentega sebagai hidangan saya.

Baiklah, selesai sudah sedutan blog saya pada kali ini, sekiranya saya tersalah kata, tersilap bicara,  saya berharap agar saudara-saudari sekalian memaafkan saya.  Yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu juga datang dari Allah, tetapi disandarkan kepada diri saya.....    MASAK WITH HATI, MASAK WITH IMAN.....

WASALAM.....=)