Thursday 9 May 2013

Istimewanya Al-Quran sebagai Peneraju Ummah

ASSALAMMUALAIKUMWAROHMATULLAHHIWABAROKATUH.....

Salam Satu Semesta ; Hanya Dia Yang Berkuasa Keatas Segala- Galanya Yang Berada Dilangit dan Dibumi.........

Saya berharap agar anda sekalian sihat sejahtera...Maklumlah....kita bukan sentiasa sihat...kadang kala kita sakit juga.....Akan tetapi, itulah tanda Allah sayang dan cinta pada hamba-hambanya.  In Shaa Allah.....

Baiklah.....Pada terbitan blog kali ini, saya akan menyediakan satu resepi istimewa khas untuk tatapan anda sekalian.....Saya yakin dan pasti anda sekalian suka pada hidangan pada kali ini,  Selalunya, hidangan ini boleh didapati di Pasaraya Besar.   Tetapi, apa salahnya jikalau kita mencubanya sendiri dirumah.....  Ikut selera kita pula....  =D

Tetapi, sebelum itu,  Tidak sah jikalau saya tidak mulakan penulisan ini dengan sedikit Tazkirah dan peringatan kepada kita semua.  Tajuk tazkirah saya pada kali ini ialah  ISTIMEWANYA AL-QURAN

                                       KEISTIMEWAAN AL-QURAN



WHY????

Jom kita hayati ayat Al-Quran ini bersama-sama:

" Sesungguhnya Kami yang menurunkan Al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya "
  (al-hajr : 9)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Al-quran adalah sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad melalui Malaikat Jibril A.S di Gua Hira'.  Ia juga merupakan cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah kebaikan dan kebajikan.  Antara keistimewaan Al-Quran yang pertama ialah   ia merupakan kittab Illahi iaitu datangnya dari Allah yang tidak ada keraguan padanya.  Allah menurnkan kitab Al-Quran melalui malaikat Jibril kepada nabi kita: nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah yang bermaksud : "suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara terperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui",(surah Hud:1)

Keistimewaan Al-Quran yang kedua adalah Al-Quran merupakan sebuah kitab yang terperlihara sebagaimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya.  Oleh demikian, kita lihat begitu ramai orang yang menghafal Al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka
untuk mengingatinya.  Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan Al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman Khulafa' Ar-Rasyidin.

Saudara-saudari sekalian,

Mari kita kupas lagi keistimewaan Al- Quran yang ketiga iaitu Al-Quran merupakan kitab kemanusiaan dan kehidupan.  Oleh sebab itu, Allah menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan alam.
Firman Allah yang bermaksud: " Pada bulan Ramadhan, bulan yang dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia dan penjelasan mengenai petunjuk-petunjuk itu dan pembeda 
(antara hak dan batil )"  (Al-Baqarah: ayat 185)

Ada banyak lagi keistimewaan Al-Quran yang perlu kita cari dan terokai dalam mencari keredhaanNya.  Kerana itulah, kita perlu menjadi insan yang bertakwa dan mempunyai pegangan agama.  Kerana apa saya berkata demikian???  Kerana kebanyakan dikalangan kita terutama pada diri saya sendiri selalu membuat sesuatu perkara tanpa usul periksa.  Kita terlampau mengikut kehendak hati sampai terlupa pada tanggungjawab kita sebagai umat islam dalam membela agama kita.  Kita ada Al-Quran tetapi kita sendiri tidak merujuk padaNya sebagai panduan seharian dalam hidup kita.  Sebab itu kadang-kala kita alpa dan leka dalam dunia maya kita.  Ingatlah saudara-saudari sekalian,  Hidup berpandukan ajaran Islam, In Shaa Allah selamat dunia dan akhirat.  =D



Kesimpulannya,  saya berharap agar keistimewaan Al-Quran yang saya nyatakan di atas dapat memberi sumber inspirasi kepada kita dalam membawa islam lebih jauh ke arah kepimpinan di masa hadapan.

Baiklah, sekarang kita beralih ke segmen masakan kita pada terbitan blog untuk kali ini, masakan yang saya maksudkan adalah Mee Sizzling.  Saya tahu ramai diantara saudara dan saudari yang meminati makanan ini.
Resepi ini juga merupakan salah satu resepi yang mudah dan enak disediakan.


MEE SIZZLING

BAHAN-BAHAN:

200 gram mee sezzling ( boleh didapati di pasaraya berderkatan)  - dicelur
1 biji telur ayam
100 gram sayur kobis
3 tangkai cendawan shitake ( buag tangkainya )
sedikit tepung jagung - dicampur dengan sedikit air
2 sudu kicap pekat
1 sudu lada hitam - ditumbuk halus
1 mangkuk kecil stok cendawan ( hasil rebusan tangkai cendawan shitake tadi )
2 batang filemen ketam - dipotong serong kepada 2 bahagian
1 kiub ayam sebagai bahan perasa
sedikit minyak zaitun
1 ulas bawang putih - dikisar halus
1 ulas bawang merah - dikisar halus

CARA-CARA:

1.  Panaskan minyak. Kemudian masukkan bahan yang dikisar halus. Tumis sehingga naik bau.
2.  Masukkan kicap pekat dan lada hitam.  Kacau sebati
3.  Masukkan air rebusan tadi kedalam kuali. Biarkan seketika
4.  Masukkan kiub ayam. Pastikan kiub ayam tersebut larut bersama air masakan. 
5.  Kemudian, masukkan larutan tepung jagung. Kacau sebati
6.  Selepas itu, masukkan pula mee yang telah dicelur dan pecahkan telur di tengah tengah.  Biarkan sehingga  telur tersebut masak.
7.  Masukkan sayur kobis dan filemen..Kacau lagi dalam beberapa minit.  
8.  Akhir sekali, angkat dan hidangkan. Sedap dimakan ketika masih panas.

Baiklah selesai sudah resepi kita pada sedutan blog untuk kali ini, saya berharap agar anda semua dapat mencubanya dirumah.  Dan saya berharap agar saudara-saudari sekalian memaafkan segala tutur bicara saya sepanjang saya menulis blog ini kerana saya juga manusia biasa yang banyak kekurang.  Segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah, tetapi disandarkan kepada diri saya.  MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN.

WASALAM.....    =D


No comments:

Post a Comment