Thursday 25 April 2013

Badan Cergas Datang Dari Otak Cerdas

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarhokatuh dan selamat sejahtera.......

Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan sekalian?

Saya berharap agar anda semua sihat-sihat belaka dengan izin-Nya .



Pada sedutan kali ini, saya ingin berkongsi satu menu yang istimewa berasaskan mee iaitu mee goreng mamak.  Menu ini agak lain dari yang lain dan saya pasti anda pasti biasa menikmatinya dikedai mamak.  Yalahkan....Nama pon Mee Goreng Mamak.....

Tetapi sebelum kita ke segmen Menu Pilihan untuk tatapan blog pada kali ini, moleklah kiranya saya ingin memberri sedikit perkongsian Tazkirah.  Kenapa mesti tazkirah?  Hal ini kerana Tubuh badan kita mengandungi dua elemen terpenting iaitu rohani dan jasmani.  Jika kita tidak seimbangkan kedua-dua ini, bagaimana kita mahu membentuk ketakwaan kepada Illahi.  Betol tak Tuan-tuan dan Puan-puan?

Tajuk tazkirah saya pada kali ini adalah BADAN YANG SIHAT DATANG DARI AKAL YANG CERGAS. Saya rasa tajuk ini agak menarik untuk dikongsi dan dihayati oleh hadirin sekalian.




Apa yang saya maksudkan dengan BADAN SIHAT AKAL CERGAS.....

Kita sering mendengar kempen kempen kesihatan yang dipaparkan di media massa tidak kira surat khabar mahupun iklan di kaca televisyen.  Bukan itu sahaja, islam juga menuntut umatnya agar menjaga kesihatan sama ada dari sudut rohani mahupun jasmani. Dari sudut jasmani, kita perlu sentiasa melakukan aktiviti yang boleh mencergaskan minda seperti bermain bola, jogging dan sebagainya. Dalam masa yang sama, sedar tak sedar, sembahnyang juga merupakan salah satu daripada senaman jasmani.  solat sebagai satu senaman
Kajian saintifik juga terbukti bahawa secara fizikalnya kita perlu bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

Manakala dari sudut Rohani pula, kita sering melakukan amal ibadat seperti berzikir, membaca Al-Quran, dan mendengar tazkirah-tazkirah dari para ilmuan mahupun ustaz-ustaz atau guru-guru.  Mengapa kita perlu "mengupgrade" perkara dari sudut rohani ini? Ini kerana seperti yang saya katakan tadi, kita ini manusia biasa yang diciptakan oleh Allah dengan sifat yang serba kekurangan kecuali Nabi Muhammad S.A.W kerana dialah contoh kepada umat manusia di muka bumi ini.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W : Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan AKHLAK.  Kenapa mesti dimulakan dengan AKHLAK? kerana Akhlak memainkan peranan penting dalam proses menimba ilmu. Jika kita tidak tenteram, bagaimana ilmu yang disampaikan akan masuk dengan mudah ke dalam diri kita. Kemudian, saya susuli dengan ayat Al-quran dari surah Al- Iqra' yang bermaksud ; Bacalah.
Baca di sini bermaksud menuntut ilmu pengetahuan. Apabila kita sudah berilmu, sudah pasti kita dapat mengamalkan perkara tersebut tanpa rasa was-was seterusnya meningkatkan ketakwaan kepada Yang Esa.

Konklusinya disini, sebagai Umat Islam, kita wajib menjadikan kesihatan sebagai satu elemen penting dalam memartabatkan agama islam seantero dunia sepertimana kerajaan islam di zaman dahulu kala. Dan sudah pastinya BADAN YANG SIHAT DATANG DARI AKAL YANG CERGAS.  Renung-renugkan dan selamat beramal.



Baiklah, kita beralih ke segmen dapur pula, seperti yang saya bicarakan sebentar tadi, saya akan berkongsi resepi saya pada slot kali ini iaitu Mee goreng Mamak.  Resepi yang sedap dan mudah disediakan. In Shaa Allah.



MEE GORENG MAMAK

BAHAN-BAHAN:

2 sudu cili boh/ giling
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang kecil - dicincang halus
200 gram cucur udang - dipotong
100 gram sosej ayam - dipotong
2 sudu pes@ kuah  sotong/ udang
200 gram mee kuning
2 batang sayur sawi - dipotong
50 gram taugeh - untuk hiasan
2 sudu kicap pekat
sedikit minyak zaitun
garam secukup rasa

CARACARA:

1. )   Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan bawang kecil.  Tumis sehingga naik bau.
2.)    Kemudian, masukkan pes cili boh dan kuah sotong/ udang. Tambah kicap pekat dan kacau sebati..
3.)    Masukkan sayur sawi, cucur udang, dan sosej ayam. Biarkan seketika.
4.)    Masukkan mee kuning dan gaul rata. Perasakan dengan garam secukupnya.
4.)   Angkat dan hias dengan taugeh mengikut kretiviti anda

Sekian sahaja sedutan blog pada kali ini, sekiranya saya ada terkasar bahasa, tersilap bicara, saya memohon 1001 kemaafan.  Yang baik itu datang dari Allah Taala dan yang buruk itu juga datang dari Allah Taala tetapi disandarkan kepada diri saya.  Akhir kalam,  MASAK DARI HATI, MASAK DENGAN IMAN.

WASALAM......=)

2 comments:

  1. simple yet interesting way of da'wah with the recipe. keep it up, friend!

    ReplyDelete