Wednesday 17 April 2013

Amalan ke Alam Akhirat.......

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarhokatuh........

Apa khabar anda semua....saya harap anda semua sihat walafiat.... In sha allah......

Pertama kalinya saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan saya sepanjang menulis blog ini. ......  Mungkin saya ada mengguris hati mana-mana pihak......Baiklah....sudah sekian lama saya berdiam diri dengan tidak MENGUPADATE blog saya.  Bukan apa, saya terlampau sibuk dengan peperiksaan semester....heehhe.......Pada sedutan masakan pada kali ini, saya ingin berkongsi satu resepi baru yang enak lagi bekhasiat iaitu SAYUR BROKOLI BERFILEMEN KETAM TUMIS dan JUS APPLE TEA.  Tapi sebelum itu, apa kata kita hayati sedikit tazkirah pada kali ini.


Tajuk tazkirah pada kali ini ialah BERCUCUK TANAM DI DUNIA UNTUK HASIL DI AKHIRAT.
Kenapa saya katakan sedemikian....ini kerana hidup dan mati ini tidak mengira usia. Siapa tahu....esok lusa kita dijemput oleh Allah Taala.......


Sekiranya kita mati di usia muda...adakah kita sudah cukup untuk menghadapi semua ini? Jika di usia tua..cukupkah amalan kita sewaktu di dunia....? Cuba kita renung-renungkan sekeliling kita......cuba kita renungkan semula segala perbuatan kita sepintas lalu......cukupkah ia untuk di bawa ke Akhirat kelak???
Justeru...mari kita renungkan hadis ini.  =)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 3 perkara

Apa yang kita fahami dari keterangan hadis ini?

Sedekah jariah....perkara yang selalu kita lakukan sama ada kita sedar atau tidak........Sedekah ini tidak semestinya kita berikan wang...banyak lagi perkara lain...kita sedekah makanan pun dikira sedekah juga.......Akan tetapi sedekah macam mana yang dimaksudkan dalam hadis ini..Sedekah yang disertai niat yang ikhlas kerana Allah Taala.

Begitu juga dengan ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain.Konteks ilmu ini begitu luas...Semua pihak secara tak langsung menyumbangkan ilmu antara satu sama lain. Biarpun ilmu tersebut kecil, tetapi jika diamalkan secara berterusan akan memberi 1001 ganjaran pahala yang tidak ternilai dari Allah Taala.

Bagi yang ketiga pula iaitu doa anak yang soleh kepada kedua ibu bapanya.  Mendoakan kesejahteraan ibu bapa merupakan tanggungjawab kita sebagai anak.  Kita perlu ingat : tanpa mereka, tidak mungkin kita berada di muka bumi pada hari ini.  Justeru, berdoalah kepada  Yang Esa agar kedua ibu bapa kita mendapat pengampunan dari Allah Taala.  In sya Allah.  

Baiklah, setakat itu sahaja tazkirah saya pada sedutan blog pada kali ini.  Semoga apa yang saya sampaikan memberi 1001 manfaat kepada anda sekalian.  Mari kita beralih kepada segmen resepi.

Pada kali ini, saya akan menggunakan konsep Hijau dalam masakan saya.  Hidangan yang enak dan berkhasiat sesuai bagi sesiapa yang ingin berdiet.

SAYUR BROKOLI BERFILEMEN KETAM TUMIS dan JUS APPLE TEA




SAYUR BROKOLI BERFILEMEN KETAM TUMIS

BAHAN-BAHAN:

100 gram jejari ketam
300 gram lobak merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
30 gram brokoli - dipotong kecil
30 gram lada benggala - dipotong kecil
3 sudu makan sos tiram
garam dan lada sulah secukup rasa

CARA MEMBUAT :

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan jejari ketam bersama lobak merah, brokoli dan juga lada benggala.  Gaul rata.
3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
4. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Sedia dihidangkan.


JUS APPLE TEA

BAHAN-BAHAN

100 ml  jus epal bersama pati buahnya
100 ml air teh
sedikit kiub ais
sedikit madu

CARA MEMBUAT:

1. Masukkan jus epal dan air teh ke dalam pengisar.
2. Letakkan sedikit kiub ais dan kisar hingga sebati.
3. Tuangkan kedalam gelas.  Letakkan sedikit madu dan kacau rata.


Baiklah.......setakat ini dahulu tazkirah dan resepi saya pada kali ini.  Semoga anda mendapat manfaat dari paparan blog pada kali ini.  Yang baik itu datang dari Allah dan Yang buruk itu datang dari Allah juga tetapi disandarkan pada diri saya.

MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN.....

SEKIAN..........

4 comments:

  1. tazkirah yg best n mkanan yg nmpak sodap..

    2 in1..blog resepi n tazkirah..

    sambil share resepi sambil berdakwah..

    good job.. ^_^

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan .......
    apa yang saya tahu saya akan cuba kongsi bersama anda sekalian.....
    in shaa allah....

    ReplyDelete