Monday 25 February 2013

Dakwah Makan Malam

Assalammualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.....

Apa Khabar
How are you?
Ni Hau Maa
Kai Fa Haluka?

Perkataan dari empat bahasa tetapi mempunyai makna yang serupa. =)

Alhamdulillah , saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat lagi diberikan peluang untuk berkongsi serba sedikit mengenai masakan saya . Pada kali ini, saya ingin berkongsi satu resepi yang sangat menarik dan saya pasti anda semua akan suka pada resepi ini.

Tetapi, tidak sah kalau saya tidak mulakan dengan sedikit tazkirah di mana tazkirah ini satu elemen yang penting dalam kehidupan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.  Tajuk tazkirah saya pada kali ini ialah Usaha Tangga Kejayaan.  Bicara mengenai usaha, semua akan cakap; kalau tak usaha macam mana nak berjaya. Tetapi, bukan mudah nak berusaha itu kalau tidak diiringi dengan istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Firman Allah di dalam ayat Al-Quran "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".  Menerusi ayat ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah kita sebagai hamba Allah perlu sentiasa berusaha dalam sesuatu perkara dengan niat ikhlas kerana Allah Subhanahuataalala. In shaa Allah, Allah pasti akan membantu kita atas apa yang telah kita usahakan.

Saya teringat akan kata-kata hikmah yang saya perlajari sewaktu saya belajar dahulu. "Man Jadda Wa Jada Wa Man Zar'an Hasada" bermaksud sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya, sesiapa yang bercucuk tanam pasti mendapat hasilnya. Walaupun kata-kata ini dilihat sebagai satu medium yang ringkas, namun, ianya mempunyai 1001 makna yang tidak dapat dirungkai dengan kata-kata, ditafsir dari hati ke hati, mahupun ditulis.

Baiklah. Setakat ini sahaja tazkirah saya pada kali ini.  Apa kata jika kita pergi ke slot seterusnya iaitu slot masakan.  Pada kali ini, saya menggunakan ikan dori sebagai pilihan saya.  Resepi ini sangat sedap dimakan secara santai pada waktu malam.

Filler Ikan Dori Bersama Sos Lada Hitam

Bahan-bahan;

Ikan dori (fillet) - 1 keping (boleh didapati di pasaya besar seperti Tesco, dan sebagainya)
Serbuk roti - 1 bekas
Telur - 1 biji ( dikacau)
Kentang - 400 gram

Bahan-bahan untuk sos:

Sedikit air suam
2 sudu kecil tepung jagung
Sedikit lada hitam kasar ( yang telah ditumbuk kasar)

Bahan coleslaw:

lobak merah kecil@babby carrot  10 batang ( dipotong memanjang secara halus)
kobis kecil 1 biji ( dipotong halus halus)
susu tepung 1 sudu besar ( boleh guna susu rendah lemah Dutch Lady)
mayonis 3 sudu besar
sedikit cuka epal

Cara-cara untuk fillet dan kentang:

1. Celupkan fiilet ikan dori bersama telur.
2. Kemudian gaulkan bersama serbuk roti. Ratakan.
3. Goreng fillet tersebut sehingga keemasan.
4. Untuk kentang pula, goreng dalam kuali dengan minyak yang banyak sehingga keemasan.

Cara-cara untuk sos :

1. Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas sehingga sebati. Ketepikan.

Cara-cara untuk coleslaw:

1. Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas sehingga sebati dan secukup rasa.

Setelah semuanya telah tersedia, susun mengikut kretiviti anda.
Di sini saya mencadangkan bahawa anda perlu sejukkan coleslaw bagi memberikan rasa yang lebih lemak dan berkrim.

Baiklah, setakat ini sahaja resepi dan tazkirah saya. Saya harap pendekatan saya pada kali ini dapat memberikan 1001 info berguna kepada anda semua. Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari Allah juga tetapi disandarkan pada diri saya ini. Masak dari hati, masak with iman.
=)

4 comments: