Monday 11 February 2013

Makanan Halal Tunjang kegemilangan Ummah

Assalammualaikum.......
كيف حالك؟

Salam manis tanpa gula, salam selera pembuka bicara.  Terlebih dahulu, saya mngucapkan syukur pada Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya diberikan peluang untuk berkongsi perndapat dan resepi kepada anda semua.

Pada sesi yang lepas, kita telah mengupas perihal mengenai madu dalam Al-Quran . Tetapi, pada sesi kali ini, saya ingin membuat sedikit kelainan. Sebab apa saya mengatakan sedemikian....
sebab sesi pada kali ini adalah lebih kepada sesi peringatan (tazkirah)....

Tajuk tazkirah saya sebelum saya memulakan resepi adalah makanan halal.....
Mesti ramai yang mengatakan bahawa makanan halal itu adalah makanan selain anjing dan babi....
hahaha......itu pun betul jugak. tetapi sebenarnya makanan halal ini melebihi dari apa yang kita sangkakan.
Kenapa saya katakan sedemikian??

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad):" Apakah makanan yang dihalalkan bagi mereka?"Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat dan baik-baik." (Surah Al-Maidah, 5:4)

Makanan yang baik adalah makanan yang dianggap lazat mengikut cita rasa manusia yang normal. Manakala makanan yang buruk adalah dianggap jijik oleh manusia yang normal. Firman allah dalam surah Al-A'raf
".....dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk" (7:157)

Makanan yang halal serta baik merupakan makanan yang mengandungi banyak khasiat serta baik untuk kesihatan. Dan makan yang baik itu mestilah dari sumber yang halal.

Menurut Mohd Amri, masyarakat Islam perlu menjaga kehalalan makanan kerana sumber makanan yang haram akan mencacat-celakan keturunan.  Menurut beliau, ada pihak yang menyatakan generasi orang Islam hari ini sebagai generasi strawberi, lemah dan rosak akhlak."Buah strawberi itu lembik, tidak
boleh diusik, ini semua berpunca daripada makanan. Kita mesti beratkan makanan yang halalan toyyiba. Jika ini tidak ditangani, generasi Islam akan terus lemah.  "Otak yang cergas datang dari sumber makanan. Saya ibaratkan makanan sebagai minyak. Kalau minyak tidak berkualiti, nak nyalakan lampu pun tak boleh, nak
gerakkan kereta pun tak boleh. Kita perlu tukar generasi strawberi ini dengan
faktor makanan” (Bernama, 11 Februari 2010). Sebagai masyarakat Islam di Malaysia yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam perlu lebih prihatin dan mampu memilih
makanan yang halal mengikut syarak. Jesteru, makanan halal menjadi pasak yang penting dalam menjadi umat islam yang cemerlang dari segi rohani mahupun jasmani.

Setakat itu sahajalah tazkirah saya, Mari kita teruskan dengan masakan kita. Resepi yang agak unik dan sedap jika dimakan panas-panas bersama nasi.

Gulai Telur Ayam Bermangga Muda

Bahan-bahan:

Pati santan           250 ml, diperah daripada 1 biji kelapa parut
Air                      100 ml
Pes cili padi         1 sudu besar
Pes kunyit hidup  1 sudu teh
Bawang merah    2 ulas, dikupas dan dihiris nipis-nipis
Bawang putih      1 ulas, dikupas dan dhiris nipis-nipis
Asam gelugur      1 keping
Telur ayam          4 biji
Mangga muda     2 biji, dikupas, dibuang biji dan dipotong-potong
Cili hijau             2 tangkai, dibelah dua
Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Letakkan pati santan, air, pes cili padi, pes kunyit hidup, hirisan bawang merah dan bawang putih serta asam gelugur ke dalam periuk. Jerang di atas api besar sehingga mendidih, kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.

2. Kecilkan api dan renihkan selama 5 minit.  Padamkan api dan pecahkan telur ke dalam kuah merenih, Biarkan telur tiga suku masak sahaja.

3. Hidupkan api dan masukkan potongan mangga muda, kacau dan masak sehingga mangga lembut. Tambah cili hijau dan perasakan dengan garam secukupnya.

4. Padamkan api dan hidangkan.

Tips dan petua :
Ibu saya cakap, untuk mengelakkan daripada gulai pecah minyak, anda perlu memasak minyak dengan api yang kecil. Anda juga perlu selalu mencedok dan menuang semula gulai ke bahagian tengah periuk dengan menggunakan senduk ketika memasaknya.

hihihihi.....Saya harap perkongsian saya pada kali ini memberi 1001 makna kepada anda semua. Yang baik itu datang dari allah, Yang buruk itu datang dari allah, tetapi disandarkan pada diri saya.
Sekian.......                                                        
 "MASAK DARI HATI, MASAK WITH IMAN"

1 comment: