Monday 30 December 2013

Telefon Rosak Boleh Di Baiki, Hati Rosak Macam Mana Nak Baiki

Assalammualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh.....

Salam perkenalan kepada semua rakan tauladan...
Moga yang baik jadi ikutan,
Jikalau yang jahat dijadikan sempadan.

Bagaimana saudari semua?Adakah anda sihat-sihat sahaja?

Sebelum saya memulakan pengisian saya, saya ingin memohon maaf kerana sudah begitu lama saya tidak memperbaharui blog saya ini.

Baiklah, tazkirah yang saya mahu kongsikan kepada anda sekalian pada sedutan blog kali ini ialah
Telefon Rosak Boleh Di Baiki, Hati Rosak Macam Mana Nak Baiki.  Dalam pada itu juga, saya akan berkongsi satu resepi yang mudah dan enak sesuai dimakan seisi keluarga dan orang yang tersayang.

               Telefon Rosak Boleh Di Baiki, Hati Rosak Macam Mana Nak Baiki

Saudara-saudari sekalian,

Telefon sekiranya rosak, kita boleh pergi ke kedai dan perbaikinya.  Tetapi, adakah kita akan memperbaiki hati kita secepat kita memperbaiki hati kita.  Begitulah lumrah kehidupan di zaman kini kerana telefon merupakan aset penting dalam menghubungkan manusia antara satu sama lain.  Tetapi, sekiranya kita mampu memperbaiki telefon kita, sepatutnya kita mampu memperbaiki hati kita dari menjadi rosak dan gelap.

Bagaimana caranya kita mahu memperbaiki hati kita?

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :

"Mereka ialah orang-orang beriman, yang hatinya tenteram dengan mengingati Allah.  Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati orang mukmin menjadi tenteram."   Ar-Ra'du : 28

Antaranya, kita perlulah mengingati Allah dengan berzikir.  Berzikirlah walaupun dengan menyebut Allah, in shaa allah hati kita akan menjadi lembut.  Hal ini kerana setiap perkara di muka bumi ini adalah milik Allah.  Sekiranya dia ingin perkara tersebut terjadi, maka sudah pasti perkara tersebut akan terjadi.  Misalnya, daripada seorang yang tidak meminati Islam, sekiranya Allah memberikan petunjuk di hatinya, maka pasti orang itu akan memeluk islam dan mendapat hidayah.  Berbeza pula dengan seseorang yang sentiasa lalai dalam suruhan agama, maka sudah pasti Allah akan mentup pintu hatinya.  Nauzubillahhiminzalik..Moga-moga kita dijauhkan dari menjadi hamba Allah yang lalai dalam melakukan suruhanNya.

Kesimpulannya, Hati kita lebih penting dari sebuah telefon kerana telefon itu hanya boleh menguhubungkan antara manusia sahaja. Sedangkan hati kita ini lebih penting dalam perhubungan kita dengan Allah Taala.

Saudara dan saudari yang dikasihi,

Kita bergerak ke langkah yang seterusnya iaitu segmen resepi selingan. Pada kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda sekalian cara-cara membuat Begedil Daging.


                                       BEGEDIL DAGING

BAHAN-BAHAN :

5 biji kentang ( dikupas dan direbus )
1 biji telur ( dipukul )
1 mangkuk daging kisar ( direbus )
sedikit daun sup ( dicincang kasar )
2 sudu besar tepung jagung ( digaul dengan sedikir air)
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
minyak untuk menggoreng

CARA-CARA :

1. Lenyekkan kentang yang telah di rebus sehingga lumat.
2. Masukkan daging kisar dan gaul sebati.
3. Perisakan denga garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Letakkan tepung jagung bagi mudah dibentukkan.
5. Bentukkan dan celup dengan sedikit telur.
6. Goreng sehingga begedil berwarna keemasan.


Baiklah, setakat ini sahajalah perkongsian saya pada segmen kali ini, saya berharap agar saudara-saudari terhibur dengan tazkirah dan resepi yang telah saya kongsikan.  Sekiranya saya terkasar bahasa, terkilaf bicara, saya memohon seribu kemaafan kepada anda semua.  Akhir kata dari saya "Masak With Hati, Masak With Iman".

WASALAM   =)

No comments:

Post a Comment